Thursday, October 15, 2009

closing..

wedding paling cincaiii rasenye...hakhakhak


Alhamdulillah... sudeyy selamat kawennn :)

p/s: mmm.. rase2nya pas ni nk close blog ni dah..since memg xde update psal hal2 kawen dh kan. xpon private je..tgk la canne.. ape2pon thanks kepada sume rakan2 blogger yg sudi membantu.. Terima kasih banyak2!! :>


Akadabra!! ~poof~

Wednesday, September 2, 2009

panjang xpanjang jugak le..

Salam merdeka dan salam ramdhan kepada semua!! wahh mcm pembuka kata pembaca berita lak plak.hoho. Lama gila tak update kan aku neh. Rasa-rasanya dah boleh bersara neh.ahhahaha.

Aku sejak kebelakangan ni memang agak sibuk la sikit.Bertimpa-timpa pulak kerja yang kena buat. Tak cukup tangan dibuatnya. sekarang ni pon aku tengah letak reben kat kad-kad kahwin aku. Mau berpeluh jugak la ketiak den.hahhaha.

Puasa pertama hari tu, aku ngn mr.dearest pergi Nilai lagi. Nak tambah bakul mengkuang yg kitorang beli aritu. Tapi pusing punya pusing kan, kitorang still tak jumpa kedai yg kitorang beli aritu.huhu. Sori la buat kenkawan yg bertanya pasal lokasi kedai tu. aku sendiri pon confuse kt mana.huhu. Tak jumpa. Last-last ada satu kedai ni ada buat jualan murah sikit time tu. harga mengkuang tu rm0.50/piece gak. Tapi dia punye hasil kerjanya tak begitu kemas kalau nak banding dengan yg kedai 1st kami beli tu. Tapi memandangkan bulan puasa, kami dah xlarat nak pusing. just amik jek la. nanti dah deco nampak lawa la kot kan.huhu.

Perihal pelamin pulak. Aku dah booked pon. hehehe. Sangat sukaa. Deal dengan abg zol memg best!! berbanding ada satu kedai tu yg org ckp mcm agak fofular kan tapi kan mcm blur jek ngn pelamin2 yg up to date. hoho. Yang paling best harga dia memg jauh giler dari budget aku. k.hahahh Alhamdulillah. Boleh la duit tu p tang lain.ahhahaha.oke le tu. As long kedai abang zol ada petak-petak yg aku nak. Last kopek ni dlm k.terengganu. Belasah jek la. Yang penting tak payah penin kepala dah. ngeeeeee :D

2hari lepas pulak, g jenjalan kat jalan Tar and singgah kat Jakel beli langsir untuk bilik pengantin. Tengah sale la katakan. Aku memg nak beli langsir yg ada corak damask. Byk yang cantik-cantik. Tapi baju raya aku belom sempat beli lagi.huhu. Ingat nak beli yg dah siap satu dan nak upah jahit satu. Tapi tu la, semalam sempat tinjau kain langsir je. Mana taknya, jalan jem toksah ckp arr. Sampai jalan Tar pon dah pukul 6 petang. Buka pon dalam kereta jaaa. Kedai makan pon dah penuh org.haishhh. Puasa kali ni dah bape kali dah buka puasa dalam kereta.huhu.


kek cokelat beli kat Jalan Tar. setappp~~

till next entry yekk!!

Akadabra!! ~Poof~


Monday, August 17, 2009

selingan

sangat bz sampai tak terlayan!!!!

nyway!! pelamin anganku dah dibooked!! alhamdulillah. dapat gak mcm yg aku nak!! :D

Update later k!! bz nyehh !! :D

Saturday, August 1, 2009

diam xbermakna xde progress.tiiihieeee :P

Bizi+ demam+ malas, ini la jadiknya. Berminggu-minggu tak update blog.ahaks. Ni ku gagahkan jua untuk menaip ayat-ayat walaupon sekangkang kera. huhu.

10 minit pertama~ depan laptop sambil menongkat dagu
10 minit kedua ~ duduk depan tv sambil tgk majalah tiga
10 minit ketiga~ landing la plak depan tv tu
10 minit kemudian ~ hadap laptop balik sambil menulis"aku takde idea la weiiii"

ahahahahhahahihihihihuhuhuhuuuuuuuu

erk!! haaa. baru teringat. Kad Kahwin dah tempah.Yey!! Kedai kad kahwen tu pon dah send dratf kad tu. Lepas mr.dearest dah bg green light, tros suh kedai kad tuh proceed printing. ngeeee. Tunggu siap jo laaaaa. :D. tempah awai pasai nak tambah reben plak nanti. Tapi xtaw lagi style mcmmana.huuu.

Kad kami simple jekkk :D

Monday, July 20, 2009

buat atas a.k.a make up

Ye..tu dia. Masa berlalu puss puss macam tu ja. Masa makin suntuk. Tapi aku rilek ja guling-guling depan TV pada waktu lapang. Barang-barang kahwin aku tolak bawah katil. lalalala~ sometimes datang angin yang buat aku jadi malas nak pikir pasal apa-apa. Yang aku taw, melopongkan mulut menunjuk reaksi terkujat "haa? Opppss!!" Hoho.

Semalam semasa baring-baring atas katil sambil tempek-tempek bedak sejuk kat muka. Baru teringat pasal siapa yang nak mekapkan aku nanti. Huuuu. Aku tak bape nak "in" pasal mekap sebab aku memang tak suka mekap. Hahahah. Honestly, aku memg malas xreti nak melawa. :D

So untuk wedding aku nanti, aku kalau boleh nak mekap gitu-gitu apek je. Boleh?? ahahahha. Bile mood selambe macam ni datang, memang aku akan jadi manusia paling sempoi atau selamba badak je. Huhu. Yang penting mekap tu simple dan neutral.

Owh cantiknya!! Aku suka la mekap neutral mcm ni.Kalau dah cantik mekap simple2 pon dah sangat lawa kan.


Walaupon aku tak bape suka mekap, namun aku amat admire dengan gaya "smokey eyes". Ye, kalau boleh nanti, aku nak jurumekap aku lebih fokuskan untuk menata rias tang mata. ehek. :P



Aku sukaaa style-style macam ni. Sesuweii dok ekk ngan haku?? haishh.
Credit kepada tuan punya gamba. Sori,dah lupe amik kat mana.




And of course aku paling suka tengok Tiar Zainal ni mekapkan mata artis-artis neh. Tapi memg far far awayyy dengan budget aku. Budget aku untuk mekap ciput jek yek. :P

Btw, ni antara jurumekap kat area-area terengganu yang sempat aku google la untuk rujukan bakal-bakal pengantin di Pantai Timur. Tak banyak aku jumpa.

1. Red glow
2. makeupbylala
3. Surihafiz

Sape2 yang taw jurumekap artis area-area pantai timur yg mekap lawa and vasss gitu :P leh la share ngn aku ye. Kalau ada sample-sample previous work lagi bagus :)

oke, tu je wat kali neh.

Till next entry!!


Akadabra!! ~Poof~

Thursday, July 9, 2009

aku TERRRRR daa....

Beberapa hari lepas, aku telah menjejakkan kaki ke Rantau Panjang, Kelantan. Kebetulan Pakcik aku nak pergi sana nak jumpa customer, aku ape lagi menyendeng la skali. ahhahaha. Saja nak survey apa ada kat sana. Alang-alang dah sampai sana, aku survey la gift-gift nak bagi kat tetamu kan. Banyak jugak barang-barang kahwin jual kat sana. Harga?? ermm. Aku tak tahu nak compare macamana. Tapi yang pasti aku cari barang yang dalam range budget aku yang aku rasa worth it untuk harga aku beli. Lagipon aku jenjalan nak cari idea untuk VIP gift aku. Bukan niat nak beli pon.

Tapi kalu niat tak menyimpang bukan aku la tuuuuuuu.wu!!

Aim punya aim, alahai.. ada satu bekas seramik yang aku berkenan!! Budget dah cantik tu. Pikir punya pikir, taknak nanti aku meroyan sebab menyesal tak beli. Takut tidur pon terjaga-jaga :P aku beli jek laaaa.



Ni dia seramik tu. Aku berkenan sebab kaler dia putih, size boleh tahan besar dan simple. Harga sebelum sesi tawar menawar RM45 untuk 20 pieces (RM 2.25/pieces). Tawar punya tawar tokey tu kasi jual kat aku RM1.50/piece. Dalam hati ni dah tergoncang-goncang kata beli!beli!beli! ahhaha. Aku excited sebab maksimum budget aku untuk beli VIP gift adalah RM2.50. Kira jimat banyak jugak la kan. Aku mitak 250 pieces. Tapi stok yang ada hanyalah 180 pieces. So aku angkut semua. Lagi balance vip gift baru nak men-diy. Kira ada dua jenis vip gift. Boley?? tahahhahah. :D

Tunjuk kat mr.dearest. Dia cakap sangat oke. Ngeee. :) Mr.dearest nak try carik kat Nilai. Kot ada leh tambah lagi sket. Kalu price dia murah mcm aku beli laaa.

Ape pon, dah setel separuh vip gift. Hoyehhh!!

Till next entry yek!!

Akadabra!! ~poof~

Friday, July 3, 2009

nilai's catch

Entry kali ni aku nak share dengan korang hasil "tangkapan" time aku pergi Nilai aritu. Tak banyak yang aku beli sebab bila sampai sana je jadi loklak sebab byk sangat kedai. Terus tak tahu nak beli ape. boleh?? ngeh.ngeh.ngeh.

Before this, mr.dearest tak suggest pergi Nilai since ada member dia cakap yang barang-barang kat Nilai lebih mahal berbanding barang-barang yang ada kat area Masjid India. Tapi memandangkan dah ada kat area kajang, kitorang decide pergi je dengan niat untuk tengok-tengok jeling-jeling, usha-usha aje. :D Ye lah sangat kannnnnnn!!

Last-last mr.dearest yang rembat beli dulu.Camno tu?? = 0

Orang laki ni senang kan kalu nak shopping. berkenan je terus amik. Kalau aku, sah-sah tak beli lagi. Nak survey dulu kan. Memanjang je survey. Esok lusa nak kahwin baru terhegeh nak mai beli. hahaha.Hoh. So, cincai-cincai mr.dearest beli bekas mengkung neh untuk gift tetamu.Mula-mula nak beli dalam 500 pieces. Tapi aku cadang beli 300 dulu.hehe. Aku tarik suh pergi tengok kedai lain pulak. Psst..!! skill takmo kasi mr.dearest cepat-cepat nak balik. lalala~

Inilah dia bekas mengkuang tu. Mr.dearest tak decide lagi nak letak ape kat dalam. Harga satu bekas mengkuang ni RM 0.50/piece. Oke la tu kan. Ada macam-macam kaler. Pink, purple pon ada. :)



Mende alah ni aku yang beli. buat apa aku beli pon aku tak tahu.Wuu!! Hahahha. Beli sebab bantal ni cam cantik comey je aku tgk.huhu. Size 12" x12". RM 13 1 set after aku nego. Harga asal RM15. Skil nego kene asah lagi. :P Ada macam-macam saiz dan bentuk kedai bantal ni jual.Best.

Ada lagi yang aku beli. Tapi ni je yg larat aku snap pakai kamera bodo hset aku. ahakz. Dah lama tak pakai camera canggih semenjak camera aku kena rembat. haihh. Apepon, nanti la aku upload lagi k.

Kesimpulanya, pergi Nilai ni tak de la rasa macam kene sembelih sangat pon. As long pandai nego dan jumpa kedai yang rasa affordable, kat situ la tempat kitorang akan buang duit.huhu. Lagipon, parking senang, kadai besar-besar, banyak choice, senang nak carik barang yang kita nak,blablabla~ ahhahahha. Kalau masjid india, parking payah, tawaf 7 kali belom tentu dapat pangkat Pak aji ngan mak aji huuu, payah cari kedai since tak setempat, crowded, ada bau-bauan :P, blablabla~ bak kata nabil, lu pikir la sdiri. tahahhahah :D

Oh! yang ni kain baju melayu jenis shantung silk yang kitorang beli kat Euro Moda aritu. Incase korang nak tau kain dia macam mana. :)


p/s: Aku display gambar barang dan harga kat sini supaya korang boleh tengok kualiti dan price barang incase korang pon tercari-cari barang yang macam aku beli ni. Jikalau ada price yang lebih murah leh la share and compare-compare untuk dijadikan rujukan. Mr. dearest pon nak pergi beli lagi nehhh. ahhahahha. :D

Panjang karangan aku arini. huhu.

jumpe lagi!!

Akadabra!! ~poof~

Tuesday, June 30, 2009

baju nikah - checked

Giv me "O"!! Giv me "H"!! Giv me "Yeah"!! Oh yeahh*sambil lompat bintang* :P Alhamdulillah. Misi menempah baju nikah sudah berjaya. Semalam dalam pukul 11pagi macam tu selepas amik tailor tu, terus menuju ke Euro Moda untuk shopping kain baju nikah. Opps!! Yup dalam entry lepas, aku ada cakap nak pergi shopping kain tu minggu lepas kan. Tapi disebabkan kesengalan aku ni, entah macam mana aku boleh ni terlajak tidur!!

demmmm!

Terlepas sudaa appointment pukul 11pg ku itu. !! hahahha. Then aku call tailor tu, mitak maaf dengan alasan ada hal emergency. :P Tapi leh lak tailor tu cakap "U nak pergi tengok Transfomers ni kannnn" ahhahahaha. Mana ada la. Aku nak sambung tidur la sebenarnya time tu. Kroh.kroh.krohh. :D

Okeh. Sambung cerita. Sesampai je Euro Moda, terus pergi bahagian chiffon. Uishhhh. Aku dah start rambang mata. Banyak yang cantik-cantik. Tapi memandangkan aku nak yang simple je, taknak yang terlalu crowded, dia cadangkan amik beaded chiffon kat bahagian tepi jek. Sebelum ni aku cadang nak amik plain chiffon jek kan. Kalu plain sangat baru nak tambah patching style. Tapi tailor tu cakap, patching style lagi mahal berbanding beli kain yang dah ada bead. So, taknak esok lusa baju nikah aku ni over budget, aku decide beli beaded chiffon jek.






Oh! sambil-sambil tu mr.dearest sempat gak sambar kain baju melayu jenis shantung silk untuk dibuat hantaran. Sekarang kain tu tengah diskaun kat Euro Moda. Before diskaun, Rm45/meter after diskaun jadi RM 38/meter. Ada macam-macam warna yang menarek =)

Last skali, sesi ukur-mengukur untuk buat baju berjalan lancar. kemudian kami teruskan acara pada hari itu dengan menuju ke Nilai. Kereta meluncur laju ke Nilai yang dipandu oleh Mr.dearest yang agak stresss dek kerana terkejut dengan ukuran pinggangnya sekarang.ahhahahhaha. :P

Till next entry ya!!


Akadabra!!! ~poof~

Tuesday, June 23, 2009

ada progress la jugak

Urusan menempah baju nikah dalam progress. Alhamdulillah, nasib baik la tailor tu nak amik tempahan lagi kan. Aku siap cakap kat mr.dearest, kalu tailor tu tak nak amik, memang sah la aku men"d.i.y" je baju nikah aku tuh walaupon takde asasjahitan.

Tapi soalnya. Sanggup ke aku pakai? sanggup ke?? kehkehkeh. :P

1st meeting dengan tailor tu, aku explain design macamana yang aku nak.Macam entry seblom ni aku ada bitau aku nak plain chiffon kan? Tapi dia cakap simple sangat tak elok jugak.huhu. Camno tu? Takpe la, esok aku ada appointment dengan dia pasal nak pergi cari kain baju nikah aku. Tengok kain yang aku beli tu macamana dulu. Harap-harap ada la kain yang aku berkenan. Kalau tak, confirm terjojol biji mata tuan kedai kain tu karang duk cegil mata kat aku. sebab semua aku tak nak. hahahhaha. Oh ya, kalau datang shopping kain dengan tailor tu, akan dapat diskaun. Hehe. oke le tu kan. dari takde langsung. :)

Ohh lagi satu, pembelian barang-barang hantaran terpaksa kami kiv sementara menanti mega sales tak lama lagi. Dah tak lama tu. 4 julai~31Ogos. Harap boleh setel semua barang hantaran nanti. :D OMG, july is comingggg. Koyak rabak la. :P

Mega Sale

jumpa lagik!!


Akadabra!! ~poof~

Friday, June 19, 2009

1.2.3..Clickk!!

Sudah sampai masa untuk aku pikir-pikir photog mana yang patut aku hired untuk wedding aku. Macam biasalah, aku akan merungut sebab kat terengganu tak banyak pilihan photographer yang bagus-bagus. :P Mungkin ada, tapi aku tak taw ceruk mana nak selak dah selain surf kat internet.hehe. Banyak kali dah aku googling. Dari skop terengganu sahaja sampailah skop pantai timur. Ada yang menarik yang buat aku kata "woww". Tapi percayalah, ada jugak yang boleh buat aku gelak guling-guling sampai ke dapur rumah. Percaya takk?? baek toksahh percaya.hahaha. :P

Part photographer ni aku tak da la nak cerewet sangat. As long ada muka aku, nampak clear and cantik. Itu sudah memadai. *crossing fingers* hoho. Eh! tapi kalau gambar yang ada minor editting tambah-tambah effect-effect dramatic sikit-sikit pon oke gak kan. :D

Apa yang penting?? kerjasama! every priceless moment is captured!! hehhe

Setakat ni, aku list 2 wedding photographer yang sedang dalam pertimbangan aku dan juga mr.dearest. Tapi sayang la kan, kebanyakan diorang ni, tak ada provide sekali dengan service videographer. Harap tarikh-tarikh yang aku nak still lagi available. *gigit kuku*

Azrolsham thephotographer

erk?? aku terkeduuuuuuuuu.cantik!!!





nak cantik mcm ni.huuuuuu :{






cantik kan gambar-gambar kat atas. Pengantin pon cantikkk. Aku emo. blahh duluuuu. :sad3

Akadabra!! ~Poof~