Monday, May 18, 2009

konflik wang hantaran: cash @ check

Baru-baru ni, timbul konflik pasal wang hantaran. Perbezaan pendapat perihal bentuk pemberian wang hantaran kepada pihak perempuan je sebenarnya. Cash atau Cek. Belah bakal mak mertua aku ni, cadangkan buat dalam bentuk cek je. Demi keselamatan. Takut apa-apa jadi.

Belah family aku pulak, lebih cadangkan dalam bentuk tunai. Tapi aku tak seberapa nak bersetuju memandangkan hari tu nanti ramai orang. Masing-masing mesti sibuk. Teralpa sikit, itu hilang ini hilang. huhu. Pernah dengar orang pergi kenduri handset hilang, beg duit hilang, kasut hilang? Mesti pernah bukan. Berwaspada itu perlu. okeh?

Namun, mentaliti orang sekeliling di mana majlis akad nikah yang bakal kamu adakan memang memberi impak yang besar dalam membuat keputusan. Mungkin sesetengah negeri, tunai atau cek bukanlah satu isu besar.Mana-mana pon boleh. Tapi tempat asal aku ni, pandangan orang sekeliling amatlah dititikberatkan. *Rolling eyes*

Study case:
Akak aku : cash , Cousin-cousin aku: Cash, Kawan-kawan aku: Cash

Even hantaran masing-masing 8000+ ke atas, still in cash!! haih. So nak taknak, memang aku kena buat tunai. huh. :[

Gambar sekadar hiasan (dari sini)



6 comments:

Jasmin Hassan said...

i agree with ur in=laws to be... elok cek. lebih selamat...and confirm only u can cash kan check tu... org curi pun tak dpt apa. i knw we hv to listen to family members, but sometimes we also need to think of practicality... just an opinion. maybe if u tell them these facts, they'd consider... good luck!

fizz said...

ouch. 8k in cash? nape tak bank draft je. cek tu mmg tatau jaminan ade duit ke tak dlm bank. bank draft tu confirm mmg berduit :P

++ Fasha ++ said...

huish leceh la cek.
sume orang kan bizi kang sape yg nak jaga duit2 semua nih

she said...

Jasmin : Tu lah.saya pon pkr mcm tu. tgk la camne. discuss balik. :D

Fizz: owh.Tak terpikir lak tang tuh. Akan diusulkan. hahahha. ten-q fizz!!

Fasha: btul tu. sapa yg nak jagakan. sume kebizian.huhuuu

pr3ttych3rry said...

for my wedding. my hubby online transfer the money one month earlier before our nikah date. then he just print the reference paper n decorate nicely in a photo frame. simple. money in. safe. and practical. =)

Anonymous said...

bank drafla elok.dah tentu berduit.klu cek tu xtahu ada ke xkn..btl kata fizz tu.

Post a Comment