Sunday, May 3, 2009

Perihal Hantaran

Semalam jumpa dengan mr.dearest bincang pasal barang hantaran. Pihak perempuan nak bagi berapa, pihak lelaki nak bagi berapa lak kan. Ada ke patut dia ni masih tak paham-paham pasal hantaran. Isk. Penat duk terang bagi kasi paham. Menanah mulut!

Balas - membalas barang hantaran ni memang dah menjadi adat dalam perkahwinan Melayu Biasanya bilangan barang hantaran mesti dalam jumlah yang ganjil. Kenapa ganjil jangan tanya aku. hahahha. Hav no idea. Nak tau lebih info mengenai pemberian barang hantaran ni,klik sini.

Lepas sesi keringkan air liur semalam, kitorang sepakat amik kombinasi 11-13. 11 dari pihak lelaki untuk aku dan 13 dari pihak aku untuk pihak lelaki. Memandangkan mr. dearest ni nak test ke"kreatif"an aku, huhu disuruhnya aku buat sekali untuk barang hantaran dari pihak dia untuk aku. So sekarang aku kena prepare 24 (11+13) dulang. Takpe, aku suka buat. Aku setuju jek laaa. Yang penting jangan lupa ongkosnya ya Pakk!!



Nota: Terjumpa dulang hantaran ni masa duk googling. Cantik bukan?? For sure bukan dalam budget aku. Oh ya, rupa-rupanya kalau nak prepare hantaran untuk pihak lelaki ada guideline juga lah. Kena pilih warna dan konsep yang bersesuaian untuk pihak lelaki. Nak lebih info dah rujukan mengenainya sila klik sini.



Gambar dari sini

Jumpa lagi.

Akadabra!! ~poof~

4 comments:

dialicious said...

saya pun bikin hantaran seniri..heheh..wpun x creative tp seronok juge sbb wedding seniri kan..dan save budget..heheh

she said...

100% stujukkk!! save budget and lagi rasa puas ati kan. :D

Mrs.Qarlista said...

saye pun buat sendrikkkkkkkkkk..bajet, bajet..kenkadang anta kat kedai pun belum tentu puas ati,kan..kan..kan.. ;p

she said...

betul.betul.betul *nada upin ipin* hahahha. :D

Post a Comment